Sunday, 18 May 2014

Apa itu ISO?

ISO

ISO (International Standard Organizations) merujuk kepada sensitiviti atau tahap kepekaan kamera kepada cahaya. Jika dahulu, bagi kamera yang menggunakan filem, ia dikenali dengan nama ASA yang membawa maksud American Standards Association. Di antara ISO dan ASA, kedua-duanya mempunyai makna yang sama cuma ASA lebih merujuk kepada kelajuan filem.

Setiap kamera digital akan memberikan hasil gambar yang berbeza walaupun tahap ISO yang digunakan adalah sama. Hal ini kerana lain kamera mempunyai lain sensor yang terdapat di dalamnya. Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.


Penting bagi setiap photographer menggunakan setting ISO yang bersesuaian mengikut cahaya persekitaran.Penggunaan ISO yang sesuai akan mempengaruhi tahap gelap ataupun terang sesuatu gambar. Bagi memastikan gambar yang diambil tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu gelap (berdasarkan persekitaran), berikut adalah formula yang selalu digunakan.

“Cahaya Persekitaran Terang = Angka ISO Rendah “

“Cahaya Persekitaran Gelap  = Angka ISO Tinggi”

Berdasarkan formula di atas, penggunaan setting ISO yang berangka tinggi pada situasi gelap akan menyebabkan gambar menjadi terang.Ini kerana sensor yang terdapat pada kamera akan memberikan cahaya artifisial supaya gambar tersebut menjadi lebih terang. Tetapi, cahaya artifisial yang saya maksudkan itu selalunya akan menghasilkan bintik-bintik putih kecil yang akan menjadikan gambar nampak sedikit kasar. Bintik-bintik putih kecil ini dipanggil Noise.

“Semakin Tinggi Angka ISO, Semakin Banyak Noise”

Untuk memahami kaitan di antara ISO dan Noise yang merujuk kepada formula di atas, lihat pada gambar di bawah :


Tonton video dibawah untuk lebih memahami tentang ISO

No comments:

Post a Comment