Sunday, 18 May 2014

Apa itu Shutter Speed?


SHUTTER SPEED

Shutter Speed merupakan suatu mekanisme yang terdapat pada body sesebuah kamera DSLR. Ia tidak seperti Aperture yang merupakan suatu mekanisme yang terdapat pada lens. Dengan kata lain,Shutter Speed juga membawa maksud Exposure Time. Ia berperanan untuk mengawal kemasukan cahaya dan juga mengawal blur moment /freeze (bukan bokeh) sesebuah gambar itu.

Untuk memudah pemahaman, berikut adalah formula mengenai Shutter Speed.

“Shutter terbuka lama, tinggi kemasukan cahaya ke dalam sensor”

“Shutter terbuka sekejap,rendah kemasukan cahaya ke dalam sensor”











Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan subjek kelihatan blur/freeze.  Hal ini kerana, bukaan shutter yang lama akan merekodkan pergerakan yang berlaku ke dalam sensor kamera. Berbeza pula dengan shutter speed yang laju. Shutter speed yang laju akan menyebabkan gambar subjek menjadi kaku.

“Shutter Speed Laju => Masa Shutter Terbuka Sekejap => Kemasukan Cahaya Rendah => Gambar Subjek Yang Sedang Bergerak Semakin Sharp”

“Shutter Speed Perlahan => Masa Shutter Terbuka Lama => Kemasukan Cahaya Tinggi => Gambar Subjek Yang Sedang Bergerak Semakin Blur”


No comments:

Post a Comment